Register / Open Account

Amaran Risiko

Amaran dari kami di IkoFX Pastikan anda faham dengan setiap risiko yang ada semasa berdagang Forex.

Pelaburan Risiko Tinggi

Dagangan tukaran matawang dengan margin dan leverage membawa risiko yang besar dan berkemungkinan tidak sesuai untuk semua pelabur. Sebelum memutuskan untuk berdagang Forex anda haruslah mengambilkira objektif pelaburan, tahap pengalaman, dan toleransi terhadap risiko. Ada kemungkinan anda boleh kehilangan semua modal dan oleh itu anda sepatutnya melabur wang yang anda sanggup hilang sahaja. Anda haruslah sedar dengan risiko yang dihadapi. Dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman sekiranya ada keraguan.

Risiko Pasaran dan Online Trading

Trading platform memberikan kemudahan untuk entry dan pemantauan order. IkoFx cuba membuat yang terbaik untuk memasukkan dagangan anda pada price yang diinginkan. Namun semua ini tidak akan mengurangkan risiko dalam dagangan.

Berita Ekonomi

Penyampaian berita major ekonomi boleh menyebabkan peningkatan volatility dalam pasaran. Spread matawang juga biasanya akan membesar sebelum pengumuman berita tersebut. Ini boleh menyebabkan terjadinya gap pada price pair yang terlibat. Pending order yang ditempatkan dalam gap akan bertukar menjadi Market Order dan dimasukkan pada price yang terbaik selepas berakhirnya spike.